The Reader

Tuesday, June 7

Demam!

Assalamualaikum

Sebelum itu aku nak minta maaf sebab sepatutnya aku update pasal percutian aku hari tu tapi aku pergi pula update pasal DEMAM. Sebabnya aku DEMAM! Tapi jangan risau nanti aku update juga percutian aku yang menyeronokkan itu. Huahauahau.. Apa nie, demam-demam pun berfikiran jahat. Ok, maaf! Aku nak beritahu kat sini yang aku demam. Dengan hidung yang berwarna merah ditambah dengan mata yang berair. Bukan nampak macam badut ok! Sampai akak aku kata aku nie baru habis putus cinta, nangis tak tentu pasal.*aku ada akak ka?* Aku tak putus cinta lah. Aku demam. Bersin sana. Bersin situ. Kira macam selesma lah juga.

Ini pun aku curi-curi waktu update blog aku nie. Kalaulah umi aku tau. Memang 'habis' aku! Hahaha. Aku kan anak manja. Aku rasa banyak korang tak tahu pasal aku nie. Takpe nanti aku cerita kat korang bila aku dah sembuh! Eh, apa yang aku melalut nie, sepatutnya aku cerita pasal DEMAM. Kelmarin, sebab aku demam aku telah habiskan baca 5 buah novel yang aku borong cuti hari tu. Korang percaya tak? Of course lah tidak kan? Kalau lah muka surat novel tu 2 jew bukan setakat 5, 50 puluh pun boleh. Huahauahua! Tengok, aku makin merepek! Sebab bila aku demam, otak dengan tangan aku nie tak berhubung. Macam mana tu? Aku pun tak tahu.

Kelmarin, umi tak bagi aku buat kerja. Beliau, suruh aku istirehat kat bilik. Beradu kat katil sambil baca novel. Aku ada jugak habiskan baca novel tu, kira macam 2/5. Yang selebihnya aku belek-belek je. Sebab aku pening. Dan sekarang pun aku pening. Tapi korang percaya tak yang kelmarin, aku siap nonton tv sambil baca novel. Sebab bila sakit je aku akn buat benda-benda peliks. Dan buat apa yang dilarang oleh umi. Macam sekarang. Hehehehe!

Bercakap pasal 'dilarang oleh umi', umi larang aku pegang handphone aku. Huhuhuhu! Dah lah, sejak aku pulang handphone aku tu takde bateri. Aku lupa nak cas! Sebab kat kepala otak aku nak update blog je. Mesti berlambak-lambak messages dan misscall. Biasa lah aku kan ramai peminat. Hahahaha. *tipu*.
Oh, aku rindu nak tengok sony hitam aku tu. Entah kat mana umi sorok. Sepatutnya, aku pergi cari handphone aku tu tapi aku tengok, laptop nie hidup tak terpakai. Bagus aku update blog kan? Eh, aku makin pening jadi aku tak seberapa tahu apa yang aku tulis. Aku malas nak padam. Biar lah. 

Aku nak minta maaf sebab tak dapat skodeng blog korang.*kantoi*. Nak terima kasih juga sebab korang sudikan diri untuk paksa diri korang nak baca entry orang demam.*macam ada orang nak baca* ;p.Ai~. Sekarang, aku rasa katil aku tengah menggoda aku. Sebab aku tengok katil aku tu seksi banget! Jadi aku mau tidur. Kpeala tak dapat membendung kepeningan aku nie. Katil~.
Maaf aku makin merepek! Ok, sebelum umi 'tangkap basah' aku. Aku nak istirehat. Puteri nak pergi beradu. Tapi sebelum itu, aku rasa beruntung bila sakit. Sebab kata ustazah "Hasnita". My beloved ustazah. Bila kita sakit atau demam. Itu tandanya ALLAH tarik semua dosa-dosa kecil kita. Jadi aku rasa beruntung sebab mungkin aku adalah orang diantara seratus yang sakit. Hehehe. Alhamdulillah! Tapi aku rasa lain, kenapa bila aku sakit, aku boleh pula tulis banyak-banyak ayat macam nie. Ah, lantak lah. Aku tak nak merapu dah tapi aku tulis juga. Eeee, tak faham aku!

KBAITHNX.

Orang kedemaman,



p/s :: kalau ada salah ejaan, faham-faham lah ye. =.=`
p/s:: kalau esok aku tak update blog tanda nya aku masih sakit, so doa kan aku jangan sembuh*sembaliknya. :p
p/s::  Maaf kali nie, takde kaler pink!



2 comments:

  1. semoga cepat sembuh marniey~hehe..bce sampai habis entry melalut kamu nie..gurau je..

    ReplyDelete
  2. thanx. harap dapat sembuh. hehehe :)

    ReplyDelete