Assalamualaikum
Aucakk! Aku dah kembali. Tandanya aku dah sembuh. Thanx kat cik rozelt dah korang semua doa kan aku sembuh. Hehehehe. Dekat entry aku yang sebelum ini aku kongsi kan kat korang cuti-cuti aku, dan sekarang aku nak sambung bercerita.Perhentian kedua adalah shopping. Kami sekeluarga borong baju raya kat sana nak tahu warna apa? Tunggu lah raya nanti. Hehehehe!
Sampai ke malam kami dok shopping. :D
Tak silap aku lah kan, tempat nie kat KK Plaza.
Banyak sangat jualan sale waktu kami pergi hari tu..
Kita makan McD :)
Waktu nak tengok movie "Kongsi".
Yang lawak nya, akak aku tersalah cakap.
Dia cakap kan :: "Lu langsai, Lu mati". Hahahaha!
Kat Center Point, kami nak tengok movie "Karak" tapi tak cukup masa,
shopping lebih penting taw.. hehehehe!
Nak pergi 1Borneo, :D
Masuk jew, pintu utama mata dah dihidangkan dengan simbol 1B, :)
My sisters, nak usha? Hahahaha!
Kat dalam 1B. Singkatan daripada 1Borneo. :)
Lunch kat pizza hut.
Kalau nak pergi, beli pakaian muslim atau muslimah kat sini lah tempatnya.
Wisma Muis. Tapi kat ground floor je. Sebab tingkat atas tu pejabat.
Tangga lif yang cute kat wisma muis. :)
Wisma Muis nie, dekat sangat dengan Masjid negeri.
Jadi, kalau dah shopping tu, tak sedar dah masuk waktu boleh lah solat
kat Masjid Negeri. :D
Inside Suria Sabah. Tapi kat sini semua kedai-kedai, yang berjenama.
Jadi, tak banyak sangat baju yang dibeli, :)
Kat luar city mall. Boleh lepak-lepak. Hehehe!
Kat city mall ni ada restoran. Macam layan diri sendiri.
Murah gila, makanan kat sini. :)
Abang aku punya, :) . RM 3.00
Aku punya. Hahahaha! RM 4.00.
Aku kuat makan sebab itu aku berisi. :)
Bubye city mall. Ada masa aku datang lagi. :)
Nie lif yang paling menarik. Hanya ada kat Karamunsing.
Aku selalu naik lif tu. Bukan naik. Tapi main lif. Hahahaha!
View dari Karamunsing. Abang aku parking kat paling atas. Di
karamunsing. :)
Kat segama. Aku rasa pemandangan nya cantik sangat sebab itu aku
ambil gambar nie. Romantik. :)
Nak ke perhentian seterusnya.
Perhentian Ketiga :: Kundasang
Perjalanan dari KK ke Kundasang kira-kira 3 jam kut. Tak pasti sangat. Selepas itu, kami singgah kat desa farm. Hehehehe! Cantik sangat pemandangan. Macam kat New Zealand. Rasa nak tinggal jew kat sana. Cuacanya, memang sejuk gila! Tapi syok. Jadi kalau ada nak ke Sabah. Mari lah. Best bah Sabah!
Lembu-lembu. :) Kat rumput tu banyak sangat najis lembu. Hehehehe!
Cantik tak view? :)
Memang tinggi sangat dekat atas nie. Kalau gayat jangan naik. Hahahaha! *tipu*
Si Lembu yang baik hati. Hahahaha!
Oh, itu aku. Feel ala-ala model kejap. Huhuhu!
Aku rasa punggung aku seksi sebab itu aku tayang. =p
Rumput yang menghijau. Sugguh mendamaikan. Nak pergi lagi!
Akak aku. :)
Comel sangat mickey mouse tu.
Rumah penginapan.
Cantik kan. Kat sini dah boleh tengok banyak pemandangan!
Entah bunga apa nie. Tapi cantik kan? Unik!
Pemandangan dari penginapan. Nice view!
Perjalanan pulang. Bubye Kundasang.
Perhentian Terakhir :: Poring, Ranau!
Ranau aku datang. Nak mandi-manda. Hehehehe!Poring pun salah satu tempat yang menarik kat Sabah. Aku ingat lagi, tahun lalu aku ada pergi poring dengan akak aku lepas tu kan ada pelancong dari Korea ambil gambar aku. Bangga sekejap! Hehehehe! Mari kita Poring.
Melintasi Jambatan gantung, :)
Siblings :D
Ramai sangat orang. Sebab cuti sekolah.
^_^
Memang gempak gila!
Tempat nie, kira macam bath tub. Ada yang panas dan sejuk.
Kolam air panas yang original punya. Memang panas!
Telur pun boleh masak. :D
Nie, gambar tahun lalu. Waktu tak ramai sangat orang.
Tamat lah sudah cerita cuti-cuti aku. Memang syok gila. Sebenarnya, banyak sangat gambar yang aku ambil tapi aku malas nak upload banyak-banyak. Tak larat. Hehehehe! Rasa nya, aku dah tunaikan janji aku nak kongsi kan kat korang. K lah, Thanx. Bye.
Bye! Terima kasih sudi baca entry kali ini. :)
Salam Sayang,
wahhh bestnye bercuti kat sabah..byk view yg cantek2..
ReplyDeletemari lah, datang cuti-cuti kat sabah. :)
ReplyDelete