The Reader

Friday, May 24

bla bla bla bla bla. . .

Assalamualaikum & Hello ^^
 
  Wah, bukan main dah lama tak update kan? saya bukannya malas nak update rajinnnnn sebenarnya tapi takda mood. Ehhh, hahaha. Kalau nak update blog pun kena ikut mood tau. Sebab saya selalu banyak masa & teringin nak update tapi mood yang hmpp.Takda mood jadi semua rancangan hancur.

Sebelum saya taip kisah yang saya ni, saya nak bagi warning sikit. Entry hari ni bukan main panjang lagi. Kalau tak nak baca pun takpa atau sekadar nak tengok gambar pun saya okay je.
Oh ya, Saya sekarang pelajar sekolah. Taip semula "Budak sekolah". Weeehhhhh,, awet muda gitu taknak tinggal kan sekolah. :P


Waktu mendaftar hari tu, bangun awal-awal subuh lagi bukan sebab eksaited tapi jarak sekolah dengan rumah jauhhh. Ambil masa 2jam 30 minit okay. Terpaksa lah bangun awal. Barang-barang untuk tinggal asrama pun dah bawa sebab dah plan dengan kawan saya @AdelyeaEFL nak test tinggal asrama macam mana sebelum UPU keluarkan.


Datang sekolah terus daftar. Habis daftar segala tanya pasal asrama. Asrama full house. Saya macam?? Ehhh, taknak sediakan tempat tinggal untuk pelajar macam kami kah? Yang jarak rumah memang bukan main jauh?? Lepas tu,cikgu siap cakap lagi ulang-alik pergi sekolah dan saya dengan @AdelyeaEFL  "=.=" . TAK TAHU KAH JARAK RUMAH 148KM. ???

Kesimpulannya, pindah sekolah. Dan urusan pindah sekolah bukan senang. Susah. Saya macam "Kenapa lah boleh dapat sekolah ni? Ishhhhh" Lepas urus A-Z, kesian kat my dad urus sana-sini. Dan sebab urus hal pindah sekolah aku tak dapat nak orientasi. Sad life. :( Tapi saya macam tak kisah lah, sebab konon dpt lah UPU nanti. Konon lah.


Jadi masuk sekolah baru dan saya tak kenal sesiapa pun. Terus dalam hati "Oh, macam ni rupanya perasaan budak baru" Hahahah. Kalau boleh nak sekolah balik kat sekolah lama tapi kat sekolah lama takda form6. Pasrah. Masuk sekolah baru hari tu, 16 Mei hari guru. Terus kawan yang baru beberapa jam kenal ajak ikut choir bersama sebab jumlah mereka ciput je. Kira macam 20 lebih termasuk saya.

Ikut je lah, walau tak hafal lirik lagu. Hanya mampu goyang mulut, depan semua pelajar pula tu. WASEHHH. Lepas tu, mula suai kenal. Tanya result berapa? Sekolah mana? Sebab mereka memang pelajar situ jadi tak hairan lah tanya soalan macam tu. Dan saya bukan main pendiam lagi. Well, pelajar baru kan. Hahahaha.

Kemudian, keesokan hari nya, 17 mei, cek upu via text. Waktu itu, umi jemput dari sekolah sekali ajak shopping barang dapur sekali. Saya pun okay je. Umi tengah asyik sibuk pilih barang, saya pula tengah asyik tunggu result upu. YaAllah, bukan main lama nak dibalas. Sampai dua kali saya sent.


Datang text, Ya Allah, migrain terus datang. Macam nak pengsan pun ada. Hilang mood.
Terus bagi tahu umi, umi cakap kenapa tak dapat? Tak tahu lah, bukan rezeki lah. Tanya kawan yang lain, hanya seorang je yang dapat. Pelik bin Ajaib. Memang form6 lah jawab nya. Umi tanya juga tak nak masuk kolej?

Baik tak payah, cost bukan murah. Form 6 pun okay jimat masa & duit. hahaha. :P
Tak dapat Matriks, IPG, UPU. Nasib lah dapat form 6. HEWHEWHEW. Lepas settle satu masalah, datang satu lagi masalah. Nak amik subjek apa form 6? Saya dah lah tak dapat ikut orientasi, pastu cikgu tanya nak amik subjek apa? Eko atau Geo? Sebab Sej, Pam, Bm subjek yg mesti kena ambil. Dah lah, saya takda basic eko dan geo.

Kemudian, kawan baru suruh tetap lah dengan aliran science. Saya "Ehhh, tak sanggup". Jadi, tanya kakak, satu suruh ambil geo, satu eko. Ini lah juga hal bila kakak ramai. Tak tahu nak dgr mana satu? Tanya kwn pun sama. Last, tetap dengan plihan eko sebab ada kwn bagi nasihat pilih lah eko yakin yang saya mampu.


Terus macam ya kan? Saya memang tak minat sc ni. Hahaha, tapi entah kenapa form4 terambil pula. lol. Taknak buat kesilapan yg sama utk kedua kalinya. Tak kisah lah kawan cakap eko tough ka, susah nak score ka. Semua benda susah melainkan kita study. Kann? Saya amik Ting6 = Budak eko.That its. Tak nak pening kepala tukar dah. Kalau bagi korang geo atau eko?

Till we meet again.

p/s : dah lama tak blogwalking. ghinddddduuuuuuuuuuuuu. choyyyy~~

9 comments:

  1. kalau acik amik ekonomi.. memang sedikit susah tapi untuk future kalau amik kos perniagaan senang hehe sebab tak minat geo ..

    ReplyDelete
  2. Marniey dh buat rayuan UPU?? Hari ni dh bkk kn permohonan UPU. Pi cepat buat. Hihihi. ^_^
    Blajar mana2 pon ok la. *ceh,mcm cik b dpt upu* :'(

    Good luck!! Insya Allah ada rezeki untuk 2nd intake. :))

    ReplyDelete
  3. mana ada panjang sangat..tipu ja..hehe..dugaannya la..huhu..
    pi sekolah pertama full house..pi tukar sekolah pulak..

    apa2pun kena struggle ea ekonomi..hehe.. selamat maju jaya..

    pasal upu tu adik akak pun tak dapat..result dah ok..maybe tak ada rezeki..sabar ya.. ^^

    ReplyDelete
  4. all the best Marniey! belajar elok2 :D

    ReplyDelete
  5. haha..saya pom form 6 gk..tapi aliran sastera and seni sebab saya rasa bleh join seni..haha..btw selamat maju jaya dear..nasib baek marniey singgah..boleh lah dpt link blog marniey sbb ada mslah bloglist hari tuh..semua link lost..dah ltk di bloglist dah :D

    ReplyDelete
  6. Tingkatan 6 pon ok lah. Saya dulu ambil sastera. Ambil Geo. Hehe pening kepala jugak study stpm ni. Tapi kalau usaha, InsyaAllah mudah. Sekarang, lebih kurang 2 minggu lagi sebelum saya tamatkan Ijazah saya dekat Universiti Utara Malaysia. Good luck :)

    ReplyDelete
  7. ok je yunk form 6.. tp kena usaha lebih la.. wish u luck yer..

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya ^__^ form6 pun ok ape , wany pun dulu amek form6 jugak ,

    ReplyDelete
  9. bnyakkn bersbar :) mood 2 bia ok2 je..bru hdup ceria..yg pntg positif slalu..gudluck =) smoga dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete