The Reader

Thursday, April 18

Temuduga tidak jadi -,-

Assalamualaikum & Hi ^^

Pada hari selasa yang lalu, kami semua ( saya dan kawan-kawan ) pakat nak pergi temuduga sebab ada kawan sekolah bagitahu ada temuduga untuk masuk UiTM. Temuduga terbuka. Jadi, saya pun teruja lah nak pergi kan. Padahal tak tahu pun temuduga untuk apa? Hahahah. Semangat kemain.

Saya jalan berdua dengan Effi, *teman rapat* dan janji nak jumpa yang lain kat sana. Sampai  je. Ya Allah, ramainya orang. Panas pula tu. Kena beratur. Sebab tak tahan kami blah, lepak kat multibake sekejap. Hehehe. Lepas 30 minit, pergi balik. Alhamdulillah, orang dah kurang. Kami pun beratur.

Selepas beartur, saya orang pertama yang kena masuk. Berdebar sangat. Dah lah bilik ada air-cond. Terus sejak je tangan. :P First time kan. Kat bilik tu ada dua orang penemu duga. Satu sibuk bercakap kat telefon dia, seorang tu temuduga budak kat sebelah saya. Lepas tu, my turn.

Saya tunjuk kan slip SPM saya. Lepas tu dia teliti lama.


Penemuduga : *senyum sedikit * Ini  dah melebihi apa yang kami mahu. Ada apply mana-mana U?
Saya : Ada, yang UPU tu. *suara getar sikit*
Penemuduga : Ada pilih UiTM?
Saya : Ada. *senyum*
Penemuduga : UiTM pilihan ke berapa?
Saya : *rasa takut nak jawab* Keempat.
Penemuduga : Kenapa tak pilihan pertama? Saya dari UiTM, habis degree kat sana. Yuran pun murah. Apa pilihan pertama?
Saya : UIA.
Penemuduga : UiTM pilih mana?
Saya : Sabah.
Penemuduga : Cita-cita nak jadi apa?
Saya : Cikgu.
Penemuduga : Ada isi yang IPGM?
Saya : Ada. Tapi tunggu kalau dapat surat tawaran.
Penemuduga : Awak tak boleh dapat borang ni sebab kami nak yang tak credit Mathematics atau Bahasa Inggeris. Ini untuk Pra-Diploma.
Saya : Angguk.
Penemuduga : Kalau dapat UiTM kita jumpa kat sana.
Saya : *angguk* In Shaa Allah. Terima kasih tuan.
Penemuduga : Panggil yang lain.
Saya : *senyum & angguk*

( kira macam tu lah perbualan kami, hehehe )

Pertama kali, ada pengalaman macam tu. Saya suka sangat jawab pendek sebab takut. =,="
Kemudian, keluar terus bagitahu kat kawan yang ini untuk bla bla bla bla. Terus semua tak jadi masuk. Kami pun apa lagi terus pergi jalan sakan. Shopping, makan-makan. Lepak. Rindu kan dah lama tak jumpa.
Petang baru pulang. Minggu depan plan nak jumpa lagi. Auwww, tak sabar ni :3

p/s : Nanti, saya update pasal kami. <3

13 comments:

  1. Pra-Diploma? Means foundation di Uitm ke?
    Apa bezanya kalau dah hantar UPU tapi buat interview ni?
    nak tanya byk lagi ni tapi baik tanya dgn org Uitm la kan? haha..

    ReplyDelete
  2. ramai yg pilih UIA nampaknya.. zaman akak dulu pun ramai kawan yg apply UIA :)

    ReplyDelete
  3. lama dah x merasa interview nieh..... erm good luck for your choice of U. k

    ReplyDelete
  4. Uitm memang yuran murah..hehe..Bagi yang tak berkemampuan, uitm bagi rm120 sebulan. Pra diploma ye..Ermm..result bagus, di sarankan tak perlulah ambil pra dip..Sebab akan ambil masa 1 semester lebih kurang 5 bulan, untuk sambung ambil diploma balik. Itu pun kalau result pra dip. okay kalau tak agak susah nak sambung diploma. InsyaAllah..semoga berjaya dalam UPU nanti ye. Mana2 okay je, asalkan rajin dan usaha. Chaiyook!!!. ^______^

    ReplyDelete
  5. rajin tau nak pi interview.kalau sis mmg tak la.hehe
    apa pun moga dapat pilihan yg pertama tu

    ReplyDelete
  6. haha dulu din temuduga masuk uitm perghh dasyat boleh pulak penemuduga mntak speaking haha . dasyat time tu~

    ReplyDelete
  7. best of luck la ye... tp ni rasanya lebih kepada yang kolej bawah uitm kot.

    ReplyDelete
  8. hehe..sopannya jawab..hehe.inshaAllah dapat la rezeki masuk ipgm atau uia..

    ReplyDelete
  9. insyaAllah.. UIA akan jd tempat awk sambung belajar... aminnnn

    ReplyDelete
  10. UIA!! time stdy dulu2 pun ramai geng pilih 'U' tu

    ReplyDelete