The Reader

Thursday, June 16

Cerita Budak Sekolah

Assalamualaikum

Sekolah dah buka, cuti dah lama dah tamat. Aku buka sekolah dah sibuk. Jadi harap maaf kalau aku tak ter"update" blog nie. Minggu nie, semua kertas peperiksaan dah dibagi. Tadi, bila cikgu cakap je nak bagi kertas, jantung dah berdegup pantas. Tangan dah seram sejuk. Terpaksa tunggu beberapa saat untuk cikgu panggil nama. Tapi, bila cikgu dah panggil pastu markah yang dapat tak seperti yang diharapkan, memang sedih sangat. Tapi terpaksa sorok depan kawan-kawan, :`> *aku lah tu*.

Tapi setakat nie, alhamdulillah semua subjek aku lulus. Tapi, tapi, tapi subjek FIZIK dan KIMIA aku hancuss!!!! Tu lah, sebelum exam belajar santai sangat, tengok bila dapat keputusan macam tu. Adui, sedihnya. Takpe, ada satu semester lagi. Insya-ALLAH aku boleh! Bagi semangat kat diri sendiri. Hahaha!

Kita lupakan kisah meyayat hati tu.*sadisnya ayat*. :P . Sekarang aku nak cerita perkara yang happy sangat, berbunga-bunga hati. Kenapa? Sebab "HAZAMA" juara AF9. Yahooo! Gumbira rasa dihati. Mungkin berkat undian aku kut. Hahaha. Perasan nya aku! Apa pun "Tahniah" HAZAMA, Mak Lang do'a kan yang terbaik untuk Pak Lang. Hohoho! Lupa pula, terima kasih atas lagu "Cinta Teragung", mak lang suka sangat. Amboi, perasan sungguh aku nie.*tampar kang* ;>

"Aku lah juara" kata Hazama

Aku tak tahu nak tulis apa lagi sebab aku tak ada mood nak menaip sebab aku masih berduka cita atas keputusan peperiksaan aku. Harap maaf! Jadi pengajaran kat sini,jangan jadi macam aku. Menyesal sekarang pun tak guna sebab benda dah lepas. Cuma aku akan pastikan pisang takkan berbuah dua kali. 
Cewah, ayat tu. K lah, aku nak pergi tidur sebab tidur dapat buat aku tenang. Peace yawww..


Salam sayang,




1 comment: